Bas GoKL City Bus

GoKL City Bus ialah sebuah perkhidmatan bas percuma dalam bandar raya Kuala Lumpur.

Dahulunya, perkhidmatan ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), namun semenjak SPAD dibubarkan dan sebahagian besar peranannya digantikan oleh APAD, Bas GoKL City Bus ini kini dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Laluan Perjalanan GoKL City Bus

Klik pautan di bawah untuk melihat jadual perjalanan GoKL City Bus mengikut jenis-jenis laluan. Terdapat 7 laluan untuk Bas GoKL ini.

Blue Line: Hab Titiwangsa – Bukit BintangGreen Line: KLCC – Bukit BintangRed Line: HAB Titiwangsa – KL SentralPink Line: Hab LRT Universiti – PPR Seri PantaiOrange Line: Hab Titiwangsa – MINDEFPurple Line: Pasar Seni – Bukit Bintang

Laluan Hijau (Green Line): KLCC – Bukit Bintang

Laluan Ungu (Purple Line): Pasar Seni – Bukit Bintang

Laluan Merah (Red Line): HAB Titiwangsa – KL Sentral

Laluan Biru (Blue Line): HAB Titiwangsa – Bukit Bintang

Laluan Oren (Orange Line): HAB Titiwangsa – MINDEF

Laluan Merah Jambu (Pink Line): HAB LRT Universiti – PPR Seri Pantai.

Laluan Biru Firus (Turqoise): HAB LRT Dato’ Keramat – Kelumpuk Bambu (Setiawangsa) – kekerapan setiap 15 minit, panjang laluan 10 kilometer

Jam Operasi

  • Isnin – Jumaat: 6.00AM – 11.00PM
  • Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 7.00AM – 11.00PM

Kekerapan bas

  • Isnin – Jumaat – Waktu Puncak
    (7.00AM – 10.00AM & 4.00PM – 8.00PM)
    : Setiap 5 minit
  • Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: Setiap 10 minit

* Jam operasi dan kekerapan bas di atas adalah terpakai bagi semua laluan GOKL kecuali yang dinyatakan.