RapidKL telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan jadual perkhidmatan LRT, MRT dan KL Monorail untuk sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini (2020 Masihi / 1441 Hijrah). Jadual ini juga terpakai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO). Berikut dipaparkan kenyataan media mereka:
KUALA LUMPUR, 23 April – Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan LRT, MRT dan KL Monorail mengumumkan perubahan waktu operasi petang perkhidmatan rel di bawah kendaliannya sepanjang bulan Ramadhan tahun ini, yang dijangka bermula esok.
Perubahan ini melihatkan waktu operasi petang sistem rel Rapid KL akan beroperasi sejam lebih awal dari biasa iaitu mulai jam 4.00 petang sehingga 10.00 malam sahaja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Frekuensi kekerapan pula adalah setiap 10 minit ketika waktu puncak dan setiap 30 minit selepas waktu puncak. Walau bagaimanapun, waktu operasi pagi sistem rel Rapid KL akan beroperasi seperti biasa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu dari jam 6.00 pagi hingga 10 pagi sahaja; dengan kekerapan setiap 10 minit ketika waktu puncak dan setiap 30 minit selepas waktu puncak.
Perkhidmatan bas kendalian Rapid Bus akan juga mengikut jadual perkhidmatan yang sama.
Perubahan waktu operasi petang ini adalah untuk memudahkan perjalanan pulang penggunanya yang beragama Islam bagi berbuka puasa. Orang awam juga diingatkan agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menjaga jarak sosial yang telah ditetapkan ketika menggunakan pengangkutan awam serta merancang perjalanan mereka semasa perubahan waktu operasi petang ini.
Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan rel Rapid KL, layari akaun media sosial Rapid KL atau menghubungi talian bantuan di 03-7885 2585.
RapidKL
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada saluran khidmat pelanggan (customer service) RapidKL seperti yang berikut:
Laman web: http://www.myrapid.com.my/
Alamat e-mel: [email protected]
No. telefon: +603-7885 2585
Laman Facebook (https://web.facebook.com/myrapid): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 201,000 pengikut (Mei 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Facebook ini.
Laman Instagram (https://www.instagram.com/myrapidkl/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 48,500 pengikut dengan 3,810 kiriman (Mei 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.
Laman Twitter (https://twitter.com/MYRapidKL): Laman Twitter mereka mempunyai 144,400 pengikut (Mei 2020). Pengumuman perkhidmatan dibuat melalui saluran ini.